Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula
- 5 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah dan perisa rose
- pewarna hijau dan air daun pandan
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan
No comments:
Post a Comment