Saturday, June 25, 2011

red velvet cake 2


original recipe:
http://makanmakanbycatlina.blogspot.com/




Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  5. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  7. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  8. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  9. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  10. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

nasi ayam hainan


original recipe:http://cikmin.com


1 whole chicken
1 tbspn soy sauce
2 tbspn honey
1 tspn salt
1/2 tsp ground white pepper
1/2 tsp 5 spice powder
1 tbsp ginger (from grated ginger)
1 1/2 liters chicken stock or 3 tbp chicken stock granules dissolved in 1 1/2 liters warm water
1-2 baby cucumbers, thickly sliced to garnish

2 springs coriander leaves, to garnish

CHICKEN RICE CHILLI SAUCE:

4 red finger-length chillies

2 cloves garlic, peeled

3 cm young ginger, peeled and sliced

1 1/2 tsp fresh lime juice

1 tbsp sugar

1/2 tsp salt

5 tbsp chicken stock or water

RICE:

400 g raw long grain rice (2 cups)

1 1/2 tbsp oil

1 1/2 cm ginger, peeled and sliced

4 cloves garlic, minced

1/2 tsp salt

SOUP:

150 g watercress, coarsely shredded, or thinly sliced Chinese cabbage

1/2 tsp salt

1/4 tsp pepper

for chicken(hani style):

marinate chicken with blend ginger,oyster sauce,a pinch of salt, nandos peri-peri sauce for at least 1 hour or overnight for more taste.then steam until chicken fully cooked


Monday, June 20, 2011

macaroon



recipe credit to:
http://ibudamia.blogspot.com

Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack

Laduree Chocolate Macarons

credit to:Recipe credit Ph. Andrieu (Laduree)
translated by Gerri Davis


ingredients:

275 grams powdered sugar
140 grams powdered almonds
4 egg whites
25 grams cocoa powder
325 grams bitter chocolate
300 grams heavy creme
75 grams butter (unsalted)



method:

-Mix almonds sugar and cocoa powder in food processor until you have a smooth fine powder

-Place the eggwhites in the powder. Beat rapidly and delicately with a wooden spoon to obtain a homogenous mixture

-With a wooden spatula, stir downward toward the middle of the mixture and back up the sides of the again, constantly turning the bowl, until the mixture is even, light and fluid.

-Using a parchment bag with about a 1cm tip (as you would for icing), squeeze the small macarons on wax paper.

-cook for 11-12 minutes in the oven at 180 degrees on a baking sheet, leaving the door slightly ajar. (I'm not sure what they are called but you should use a sheet that is insulated with an inner air layer)

-remove from the oven and with the aide of a glass, slip some water between the wax paper and the baking sheet while gently lifting off the macarons. The water vapor will allow them to release from the paper when they cool.

-Pour the creme over the finely chopped bitter chocolate. Add butter at a temp of at least 60 degrees C (104F). Let sit and cool to ambient temperature. The original doesn't say to mix, but I'm assuming you need to blend to make the ganache.

-garnish the macaron shells with a layer of ganache about 3/4 millimeters thick and sandwich the two halves together.

-Advice: Let the macarons chill in the refrigerator for 24 hours before eating (if you have the will, it is REALLY worth it!)

This recipe is really delicate, but incredibly delicious!



Read More http://www.epicurious.com/recipes/member/views/LADUREE-CHOCOLATE-MACARONS-1236770#ixzz1PopDHAeW

Sunday, June 19, 2011

Mexican Bun


Sumber: Lilydvalley @myresipi.com


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

Cara-cara Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti

1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
4.Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
5.Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
6.Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan 7.5 cm.
7.Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
8.Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
9.Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan

Thursday, June 16, 2011

takoyaki

original recipe:
http://kurniaanmu.blogspot.com

BHN2 tuk BATTER,
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 2 1/2 cwn dashi leh terdpt kat jusco kat bhgn makanan jepun
  • 2 biji telur


    method:
    satukan sume bhn sampai sebati ketepikan sedia tuk dmasak



    BAHAN TABUR
    • Tako atau englishnyer octopus atau melayunyer sotong kurita hihihi.. :P atau isi ketam atau udang atau ayam tp guna tako paling best lah kan celur dgn air mendidih dulu.

    • Udang kering yg palinggg kecikkk sekalii tau yg warna merah tuuu

    • Daun Bawang nak letak bykkkk pun boleh

    • Benishoga atau jeruk halia

    • Tenkasu nii lam english n melayu tak tahu nak kata apa yg pasti saki baki gorengan tepung buat tenpura k :-) tak letak ni mmg tak sedap atau tak lengkap rasa takoyaki tu hihihi...

    >>caranyerr.. tuang batter td dlm acu yg dah d letak minyak sayuran paling best guna minyak jagunglah kasi lagi sehat hihii.... pas tu masuk tako setiap satu lubang tu nak masuk byk mana pun tak kisah, pas tu taburkan dgn bhn2 lain..agak2 mcm dah masak bawahnyer leh lah main golek2 kan takoyaki tu tadi, semasa proses ni pastikan tuang minyak jagung tu lagi sampai mcm bunyiii kita goreng ikan bilis tuuuu ...pas tu balik2 kan lagi sampailah perang dan masak...


pau (read bean)

original recipe:http://kurniaanmu.blogspot.com


Bahan A

  • 300g Tepung Hong Kong>>yg ni kita tak de gantikan tepung pau
  • 150g Susu>> susu segar
  • 50g Gula caster
  • 1 1/2 Tbs Shortening
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam

Bahan B

1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air

Bahan2 Inti>>yg ni kita guna inti kaya

480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.


Cara2:

  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam).
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat.
  • Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

Tuesday, June 14, 2011

kuih lapis

original recipe:http://kurniaanmu.blogspot.com



Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose
  • pewarna hijau dan air daun pandan

Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan

strawberry tiramisu




original recipe:
http://daridapurkecah.blogspot.com



Bahan untuk syrup:(approx. dapat 4 cup )
150 g strawberry filling- i blend fresh strawberry with 1 tbspn sugar
80ml air suam-i used on half of it
sedikit parutan kulit lemon ~ optional


Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu (lady finger/sponge finger)
sedikit buah strawberry segar


Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.

* kalau xde whipped cream adjust dengan letak 250g whipping cream ** dlm adunan syrup tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (tujuan letak supaya syrup tu tak cair sgt) *** biskut tu celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

jelly kelapa



original recipe:
http://kurniaanmu.blogspot.com




1 Paket agar2 serbuk (10g)
2.6l Air Kelapa>>Kak nor guna air drpd 3 biji kelapa
Isi kelapa muda
11 sb gula>>Terpulang ikut kemananisan masing2
3 Helai daun Pandan

**boleh tambahkan air sekiranyer air kelapa tak mencukup kehendak resepi

  • Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
  • Padamkan api.
  • Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
  • Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
  • Monday, June 13, 2011

    chicken chop + black pepper sauce + coleslaw & whipped potato

    chicken chop ingredient:
    1/2 ekor ayam
    Marinate with:
    3 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar
    sedikit halia
    3 sudu besar tomato puri
    1 sudu besar honey
    1 sudu besar sos tiram
    sedikit kicap pekat
    black pepper
    garam
    (kisar semua bahan di atas.then marinate dengan ayam sekurang-kurangnya 1 jam sblm masak.)



    Untuk menggoreng:
    sedikit tepung jagung
    1 biji telur di pukul sedikit
    sedikit bread crumb


    Cara2 membuatnya:

    1. Golek2kan ayam yang dah diperap dengan tepung jagung
    2. Kemudian salutkan pula ayam tersebut dengan telur
    3. Kemudian golek2 kan pula dengan bread crumb
    4. Goreng ayam dengan api yang kecil sebab nak bagi dalam dia masak betul2

    Bahan2 untuk membuat black pepper sauce:

    3 sudu marjerin
    5 sudu tepung gandum
    1/2 labu bawang besar-cincang
    2 ulas bawang putih-cincang
    sedikit black pepper (ikut citarasa sendiri)
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos barbeque
    2 sudu kicap pekat
    sedikit garam
    sedikit air/fresh milk


    Cara2 membuatnya:

    1.tumis bawang putih + bawang besar.
    2.Masukkan black pepper,sos tiram,sos tomato,sos barbeque and kicap pekat.
    3.Dalam periuk lain cairkan marjerin. campurkan tepung gandum. kacau rata hingga tidak berbintil2 (lump). kemudian masukkan ke dalam campuran bawang,sos and kicap tadi
    4. Biarkan mendidih
    5. Adjust kuah. kalau pekat sgt tambah kan air/fresh milk

    COLESLAW
    Bahan2 untuk membuat coleslaw:

    1 batang carrot
    1/4 biji kobis
    4 sudu besar Mayonis
    2 sudu besar sour cream
    sedikit lemon juice
    sedikit black pepper
    sedikit gula
    sedikit garam


    Cara2 membuatnya:

    1. Hiris nipis carrot + kobis.
    2. Gaulkan bersama semua bahan2 di atas dengan carrot + kobis tadi.
    3. Simpan di dalam fridge dulu before hidangkan.

    WHIPPED POTATO
    Bahan2 untuk membuat whipped potato:

    650 ml air
    2 kiub pati ayam
    4o gm butter/mentega
    1 labu bawang besar-hiris
    1 batang daun saderi-hiris
    20 gm tepung gandum
    1 sudu besar sos cili
    1 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos tiram
    4 sudu besar fresh milk
    sedikit black pepper
    kicap pekat (warnakan kuah)
    garam


    Cara2 membuatnya:

    1. Rebus kiub ayam + air + bawang besar + saderi sampai mendidih...
    2. Tapis dalam mangkuk. Ambil airnya sahaja...
    3. Cairkan butter dalam periuk lain. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rata supaya tak berbintil...
    4. Tuang air rebusan tadi sedikit demi sedikit ke dalam campuran butter + tepung tadi...
    5. Masukkan sos tomato,sos tiram,sos cili dan beberapa titik kicap pekat...
    6. Masukkan black pepper, fresh milk. Rasa kuah dahulu before masukkan garam..sebab kiub ayam tadi mmg dah sedia masin...
    7. Masak hingga kuah menjadi pekat...

    rebus kentang hingga empuk. Then kopek kulit .Lecekkan.kalau nak betul2 smooth. leh la guna blender.