Friday, May 20, 2011

kek pandan



*125 gm tepung gandum
* 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
160 gm gula pasir
5 biji telur gred A
75 gm minyak jagung
15 gm ovallete
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar/cair

bahan untuk kastard pandan
1050 ml santan
225 gm gula pasir
12 gm serbuk agar2
85 gm tepung hoen kwe (warna hijau)-boleh ganti dgn tepung kastard/tepung jagung
75 ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 75ml air,kemudian tapis)
secubit garam

method:
1. Satukan semua bahan2 kecuali tepung ke dalam bowl mixer.
2. Pukul hingga kembang dan gebu
3. Bila dah betul2 kembang,perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Putar sehingga betul2 sebati.
5. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan permukaan bawah loyang dengan kertas minyak.
6. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 celsius selama 30 minit.Bila cake dah masak, biarkan cake betul2 sejuk pada suhu bilik.
7. Kemudian potong cake kepada 3 bahagian.... nie pun rai hentam je potong.hahaha. gigi2 gak ar.. haha. nak senang,potong guna pisau bergerigi.

method for:custard pandan
1. Satukan semua bahan2.. Pastikan tidak berketul2
2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. jangan tinggal. kena kacau sentiasa. kalau tak hangit.. Bila dah likat, tutup api. kemudian biarkan dia suam2..

skrg untuk proses melapis kek pandan:
griskan loyang yang sedikit besar daripada cake dengan marjerin..
Seelok2nya gunakan loyang spring form pan.. mudah dibuka.
masukkan lapisan cake sponge yang pertama..
Kemudian sendukkan kastard tadi dan tutupkan keseluruhan lapisan cake nie.. ruang2 kosong kat tepi tu pun penuhkan sekali dengan kastad.
lepas dah lapiskan dengan kastard.. tutup dengan lapisan cake yang kedua.. tekankan sedikit bagi melekatkan 2 lapisan tu.
buat benda yang sama sampai lapisan ketiga. so kat tepi2 tu ada ruang2 kosong kan.. penuhkan dengan kastard tu k..
so bila dah betul2 sejuk. boleh la bukak spring form pan

selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment