Wednesday, September 22, 2010

Mee Rebus Tulang Chef Ismail

pic cant upload c0z my cam tertgl kat msia..will upload asap once i get it back..thx 4 visiting..keep on view my blog

Mee Rebus Tulang Chef Ismail
got recipe from:http://denhaag-ladies.fotopages.com/?entry=1367158


Bahan Bahan Rempah Dikisar

30 tangkai cili kering didibersihkan dan rendam dan rebus
sampai lembut.cuci sampai bersih.
10 biji Bawang Kecil
5 Ulas Bawang Putih.
4 cawan Bawang Goreng.

Bahan Bahan Pemekat Kuah.
400gm Keledek
200gm kacang dhal (direndam sampai kembang)

Bahan Yang Lain.
500gm Daging.
600gm Tulang
1.5 air untuk kuah dan merebus daging dan tulang tampah air jika perlu)
150ml minyak masak.
3tbs gula,
1sup bunjut.(spice Bag)
Garam dan serbut pati ayam atau lembu secukup rasa.

Bahan Bahan Hiasan.

5keping Tahu digoreng.
10biji Telor Rebus
10 tangkai sawi dicelur.
200gm taugeh di celur.
5tangkai cili hijau dihiris
5tangkai cili merah dihiris
20 biji limau kasturi.
Bawang Goreng secukup nye.
2kilo mee kuning di celur.




Kodok Sayuran

500gm Tepung Gandum.
1biji telor
15 tangkai daun kucai di potong 1 inci.
150gm taugeh.
½ camt sebuk penaik(baking Powder)
1cawan kelapa parut putih sahaja.
375 air atau secukup nye jangan terlalu lembut(biar sticky sikit
setengah air panas setengah air sejuk)
garam secukup rasa.
500ml minyak untuk mengoreng.

5biji kentang direbus bersama kulit sampai lembut
dan buang kulit nye dan di goring.


Cuci daging dan tulang,potong mengikut cipta rasa anda untuk saiz nye.
Sampai lembut,jika ada elok di rebus didalam periuk pressure.

Kisar cili kering,bawang kecil,bawang goring dangan sedikit air sampai
halus.

Kisar keledek dan kacang dhall dengan mengunakan air rebusan daging.

Panaskan minyak tumis bahan cili sampai masak dan pecah minyak.masukan
air kisaran keledek,jika terlalu pekat tambah lah air nye sampai menjadi kuah mee
rebus,

Didihkan dan masukan semua bahan perasa.Gula garam dan sup bunjut.

Masukan Tulang dan daging yang telah di rebus,ambil sedikit daging di
hiris untuk bahan hiasan.Hidangkan .


Cara membuat kodok.

Gaul semua Bahan Bahan kedalam mangkok.
Kacau gaul sampai sebati.jika keras tambah sedikit air.
Panaskan minyak dan goring bentuk memanjang,sampai
masak,sejukan dan hiris setebal 3cm.

No comments:

Post a Comment